Program
Pesta Ponggol di Kampung Chetti
Pengenalan
Masyarakat pelbagai kaum, agama dan etnik di
Malaysia mempunyai bahasa, budaya dan jati diri masing-masing yang dibanggakan.
Pada masa sama, dalam konteks masyarakat majmuk ini, langkah-langkah yang wajar
perlu diambil untuk memupuk persefahaman, saling mengenali dan saling menghormati
kepelbagaian budaya. Selaras peruntukan Perlembagaan Malaysia, bahasa
kebangsaan merupakan medium terbaik untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum
dan budaya. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sentiasa berusaha mendekati
masyarakat pelbagai kaum untuk memupuk dan menggalakkan masyarakat pelbagai
kaum berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Pendekatan terbaik adalah
menerusi aktiviti berciri didik hibur.
Rasional
Masyarakat Chetti di Kampung Chetti, Jalan Gajah Berang,
Melaka merupakan suatu kelompok komuniti yang amat unik. Bahasa, budaya,
amalan, kepercayaan, dan cara hidup kumpulan minoriti ini wajar ditonjolkan
kepada umum. Suatu aspek yang menarik adalah bahawa masyarakat Chetti yang
kelihatan seperti orang Tamil/India/Hindu secara fizikal, sebenarnya
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Maka, kelompok ini amat sesuai
ditonjolkan sebagai contoh dan bukti bagaimana budaya dan tradisi masih dapat
dikekalkan walaupun menggunakan bahasa selain daripada bahasa ibunda. Walaupun
pesta ponggal (pesta menuai) lazimnya
disambut komuniti Tamil, sambutan ponggol (ejaan yang berbeza) oleh komuniti Chetti Melaka sedikit berbeza
dan ada keunikan tersendiri.
Objektif
1. Memupuk penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan
masyarakat India
2. Menggalakkan komunikasi Bahasa
Malaysia untuk berkongsi pengalaman budaya kaum India
3. Penerapan unsur didik hibur dalam
usaha memartabatkan Bahasa Malaysia
4. Menjalinkan persahabatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
5. Menonjolkan keunikan budaya
masyarakat Chetti Melaka
Tarikh
4 Februari 2017 (Sabtu)
Masa
2:00 petang – 10:00 malam
Tempat
Kampung Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka
Penyelaras
Kumpulan Pemimpin Muda Kaum Chetti
(Kumpulan remaja dan belia ini merupakan peserta Projek Komuniti Kavyan kendalian Kavyan
di Kampung Chetti mulai Disember 2016. Mereka menyertai Program
Memperkasakan Belia Kampung Chetti pada 11 Disember
2016 di mana tercetus idea menganjurkan Pesta
Ponggol di Kampung Chetti. Jawatankuasa kecil ditubuhkan bagi membahagikan
tugasan. Kumpulan Pemimpin Muda Kaum Chetti juga berkomunikasi dan berbincang
setiap hari menerusi WhatsApp bagi
menjayakan Pesta Ponggol.)
Dengan Sokongan
Kuil Sri Poyatha Venayagar Moorthi (SPVMT)
Atur Cara
Berikut rangka atur cara yang disusun dengan mengambil kira
rasional dan objektif yang ingin dicapai.
9:00 pagi
Membuat
persiapan terakhir di pentas dan kawasan aktiviti
Sesi latihan
persembahan tarian/muzik tradisional
Persiapan
memasak makanan tradisional untuk jualan di gerai
1:30 petang
Ketibaan
tetamu, wakil media dan orang ramai
Gerai jualan
makanan mula beroperasi
2:00 petang
Ucapan
alu-aluan oleh pengacara majlis
Ucapan sambutan
oleh pengerusi Kuil Sri Poyatha Venayagar Moorthi (SPVMT)
Persembahan
budaya (tarian/muzik)
Penyampaian
cenderamata kepada tetamu
Penyampaian
sijil penghargaan kepada Kumpulan Pemimpin Muda Kaum Chetti (peserta Projek Komuniti Kavyan di Kampung Chetti)
3:00 petang
Demonstrasi
masakan ponggol
Lawatan tetamu
ke Muzium Chetti Melaka
Lawatan tetamu
ke rumah unik Chetti Melaka
4:00 petang
Pertandingan
permainan tradisional
Gasing, ting
ting, congkak, hantu galah, batu seremban
6:00 petang
Persiapan bagi Malam Kebudayaan Pesta Ponggol
Ketibaan tetamu
dan penonton
7:00 malam
Malam Kebudayaan Pesta Ponggol
Ucapan
pengacara majlis (dua orang)
Persembahan
tarian (individu dan berkumpulan)
Pertandingan
Ratu Kebaya (kanak-kanak dan dewasa)
Persembahan
muzik tradisional
Memperagakan
pakaian tradisional komuniti Chetti
Persembahan
dondang sayang
Penyampaian
hadiah kepada gerai terbaik
Penyampaian
hadiah dan sijil kepada pemenang pertandingan (gasing, ting ting, congkak,
hantu galah, batu seremban)
Penyampaian
cenderamata dan sijil kepada penari/penyanyi/pemuzik
Penyampaian
cenderamata dan sijil kepada model pakaian tradisional
Penyampaian
hadiah dan sijil kepada Ratu Kebaya (kanak-kanak dan dewasa)
Joget lambak
(beramai-ramai)
10:00 malam
Bersurai
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my sebelum 31
Januari 2017. Sila rujuk juga nombor telefon yang dipaparkan pada poster Pesta Ponggol.
Penutup
Program
ini boleh dilaksanakan dengan penuh jaya serta mencapai objektif sekiranya
mendapat kerjasama semua pihak terbabit. Program ini juga akan memperkenalkan
keunikan budaya komuniti Chetti Melaka kepada orang awam, serta menjadi contoh
baik kepada usaha menggalakkan pemupukan dan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai
medium komunikasi dalam kalangan masyarakat majmuk. Program ini juga secara
langsung memberi peluang kepada Kumpulan
Pemimpin Muda Kaum Chetti untuk mengasah kemampuan merancang dan
mengendalikan aktiviti seni dan budaya.